Friday 13 June 2014

Jadi Jutawan Setelah Kemalangan dan Masuk ICU

Pada awalnya beliau merupakan seorang ejen hartanah. Namun satu hari setelah pulang dari bermain bola sepak, beliau ada terfikir, sampai bila beliau mahu hidup begini, terkejar ke sana ke mari untuk mencari wang dan memajukan orang lain. Saya juga perlu bayar banyak hutang. Waktu itu beliau berfikir mahu mengubah hidup dan perlu menukar kerjaya. Namun bagaimana?
Sedang beliau mengelamun sambil memikirkan apa yang perlu beliau lakukan untuk menjadikan hidup lebih bebas wang dan lebih berjaya, waktu itulah kereta yang di pandu beliau bertembung dengan kenderaan lain dan kemalangan itu telah membuatkan beliau cedera parah.
chad mureta

Itulah titik permulaan tragis yang berlaku kepada seorang jutawan apps yang bernama  Chad Mureta. Ketika beliau di bawa ke hospital, doktor mengesahkan peluang beliau untuk hidup sangat tipis, namun ia bagaikan satu keajaiban kerana beliau mampu untuk struggle dan meneruskan kehidupan.
Ketika dia di tempatkan di ICU, apabila beliau tersedar dari koma, beliau sedar yang hidupnya bagai jatuh di timpa tangga. “Saya fikir kehidupan sebelum ini sungguh teruk, rupa-rupanya kehidupan yang sekarang ini jauh lebih teruk dari sebelumnya”.
Chad Mureta menderita di hospital selama 6 bulan lebih kerana lengannya cedera teruk dan berfikir tiada alasan untuk dia meneruskan hidup. Apabila keluar dari hospital, beliau berhutang dengan bil hospital mencecah USD 100,000.
Sehari sebelum kemalangan, Chad Mureta menerima satu bungkusan iaitu hadiah berupa ipod  dari bekas teman wanitanya. Sepatutnya hadiah itu sampai beberapa bulan yang lalu namun ia terlewat sampai dari hari yang sepatutnya. Ipod itu di tukarkan dengan Iphone apabila beliau mendapat satu tawaran penukaran. Chad Mureta membawa bersama-sama dengannya ketika bermain bola sepak keesokan harinya.
Ketika beliau cedera parah di hospital dengan baju yang koyak rabak, hanya iphone tersebutlah yang berada di sisinya dengan jumlah bateri yang tinggal hanya 12 % .
Iphone tersebut menjadi teman beliau sepanjang berada di hospital. Ketika di hospital, dia melihat iphone tersebut dan terfikir apa yang saya boleh buat dengan iphone ini? Dia belum pernah terfikir tentang aplikasi atau membina aplikasi.
Ketika dia berada di hospital, ada rakannya melawat beliau di hospital dan rakannya itu menunjukkan beliau satu artikel berkaitan dengan apps. Ketika fizikalnya berada dalam tahap yang amat menyakitkan dan mindanya berada dalam keadaan yang amat lemah, tiba-tiba Chad Mureta terfikir untuk menghasilkan aplikasinya sendiri. “Saya ada iphone, saya ada peluang”
Itu yang di fikirkan oleh beliau.
Sepanjang beliau berada di hospital, beliau ada memuat turun beberapa apps untuk melihat, apakah sebab sesuatu apps itu mendapat sambutan dan apa kekurangan apps tersebut di mata pengguna. Apabila beliau  mengkaji beberapa perkara, Chad Mureta pun mendapat 1 idea untuk menghasilkan apps beliau sendiri.
Dia tidak punya asas dalam coding, programming apalagi asas dalam bidang komputer. Namun dia hanya ada idea. Maka dia pun cuba menghubungi programmer apps untuk bertanyakan tentang kos bagi menghasilkan apps mengikut idea yang beliau ada.
Mengikut programmer apps tersebut, kos untuk menghasilkannya sekitar USD 1,800. Namun Chad Mureta tidak mempunyai wang sebanyak itu. Dia pun cuba meminjam dari bapa tirinya jika bapanya itu mampu untuk meminjamkannya melalui kad kredit. Setelah bapa tirinya memberi pinjaman USD 1,800, apps itu di hasilkan dan dalam tempoh 3 bulan selepas itu, apps Chad Mureta telah di senaraikan ke dalam App Store. Pada waktu itu dia masih lagi terkejut dengan apa yang di lakukan. Dalam keadaan beliau terlantar di hospital, lemah dan penuh hutang, dia meneruskan idea tersebut dan ia menjadi kenyataan.
Bulan pertama selepas apps beliau tersenarai di apps store, Chad Mureta meraih pendapatan sekitar USD 12,000. Selepas itu dia berasa amat teruja dan terfikir yang ia adalah satu permulaan yang agak baik dan berharap dapat meningkatkan lagi penghasilan apps ke level yang lain. Enam bulan selepas itu Chad Mureta menghasilkan lebih banyak apps, sekitar 5-7 apps. Pendapatan beliau juga meningkat hingga mencecah USD 620,000 dan ada juga beberapa apps yang dijual ke syarikat-syarikat besar.
Dia menyifatkan bahawa kejayaan boleh berlaku dalam sekelip mata dan hidup boleh berada di atas ke bawah dan dan dari bawah ke atas dengan sekelip mata. Katanya, tips untuk sukses ialah bawa bersama fizikal dan minda anda bersama. Walaupun Chad Mureta bermula dengan fizikal yang sakit dan minda yang lemah, namun apabila kedua-duanya di bawa bersama, maka kejayaan pasti akan tercipta.
Wah, sungguh ajaib bukan? Chad Mureta merupakan antara usahawan apps yang berjaya hari ini dan beliau juga telah membangunkan jenama AppEmpire.com yang mengajarkan orang ramai bagaimana membuat duit dengan apps.
Semoga artikel ini memberi inspirasi buat anda yang membaca. Jangan putus asa, kejayaan pasti akan bersama dengan mereka yang tabah dan percaya pada diri sendiri.

No comments:

Post a Comment