Lebih 15 tahun yang
lalu, Kodak adalah jenama yang keempat terbesar di dunia selepas Disney,
Coca Cola dan Microsoft. Bagi mereka yang lahir pada tahun 80-an atau
sebelumnya, pasti sangat kenal akan Kamera Kodak yang menggunakan filem
untuk menangkap gambar.
Kodak Pencipta Kamera Pertama di Dunia – Filem & Digital
Tetapi, pada 19 Januari 2012, syarikat Kodak telah diisytiharkan bankrap. Apa yang telah terjadi sebenarnya?
Para
pakar dan penganalisis percaya bahawa alasannya amatlah mudah. Kodak
telah ketinggalan dari revolusi fotografi digital. Kodak tidak pantas
dalam memenangi persaingan kamera digital.
Kodak Pencipta Kamera Pertama di Dunia – Filem & Digital
Gambar
menunjukkan inovasi kamera digital yang dihasilkan oleh Syarikat
Eastman Kodak Co yang akhirnya tidak dapat menyaingi revolusi pantas
industri kamera digital sehingga kini.
Sebenarnya
Syarikat Kodak lah yang mencipta kamera filem pertama pada 1883. Dari
situlah ia dinamakan Kodak. Malah mereka juga sebenarnya pencipta
terawal kamera digital yang direka pada 1976, yang kemudiannya telah
dipatenkan pada 1978. Daripada mengembangkan idea perniagaan kamera
digital, Kodak mengambil langkah ganjil apabila membeli syarikat gergasi
Farmasi Sterling Drugs pada harga US$ 5.1 billion dan cuba mencipta
nama dalam perniagaan bateri pula. Langkah tidak popular ini akhirnya
menjerat mereka sendiri.
Ditambah
lagi dengan konsep kamera digital yang tidak diterima pada zaman 70-an,
Kodak tidak dapat menghidu bahawa revolusi Digital akan berlaku.
Kodak Awalnya Mendominasi Industri Kamera
Pada
tahun 1976, pasaran Kodak mendominasi 85% daripada industri kamera dan
90% daripada industri filem, yang menjadikannya gergasi yang tidak boleh
disaingi.
Keuntungan Kodak tidaklah
begitu besar pada kamera, kerana margin keuntungannya amatlah kecil. Di
samping kamera, pendapatan utama Kodak juga dikuasakan oleh filem dan
percetakan gambar yang mempunyai margin yang amat tinggi.
Ia berlaku sebelum kejatuhan Kodak yang ketara, sebagaimana gambar berikut.
Kedatangan Kamera Digital Tidak Dapat Dihidu
Sebenarnya,
industri kamera digital telah pun muncul pada 1995, namun ianya
seolah-olah tidak diendahkan oleh pihak pengurusan Kodak, yang masih
terus menfokuskan kepada kamera tradisional yang menggunakan filem.
Walaupun terus menjana keuntungan besar pada 2000 sehingga mencecah
jualan berpuluh-puluh billion dollar, akhirnya buat kali pertama, jualan
fotografi digital mengatasi fotografi filem pada 2003. Rentetan dari
itu, ia membawa pasaran fotografi berasaskan filem terkubur pada 2010,
sebelum Kodak akhirnya difailkan muflis pada awal 2012.
Akhirnya, syarikat-syarikat lain mengambil alih dunia industri fotografi iaitu, Canon, Nikon, Sony dan sebagainya.
Bagaimana Kodak Bangkit Semula?
Walaupun
pada zaman kemuncaknya para pekerja Syarikat Eastman Kodak mencecah
144,000 seluruh dunia, ramai para pekerjanya tidak dapat diselamatkan
selepas kejatuhan syarikat. Sebagai sebuah syarikat yang masih mempunyai
daya usaha dalam perniagaan, Kodak cuba bangkit dengan menggunakan
jalan terakhir – menjual patennya kepada syarikat-syarikat lain demi
mengumpul dana.
Kodak akhirnya menjual 1,100 portfolio patennya pada harga US$ 525 juta iaitu lebih RM1.5 billion, demi membayar hutangnya.
Pada
waktu ini, Syarikat Eastman Kodak masih lagi beroperasi, tetapi lebih
menfokuskan kepada percetakan digital berkepantasan tinggi dan
pempakejan yang fleksibel untuk barangan pengguna. Dengan kebangkitan
tersebut, dianggarkan Kodak telah berjaya menjana US$ 2 billion
pendapatan kasar pada tahun lalu. Ia menunjukkan seolah-olah syarikat
Kodak kini, seperti mahu bangkit semula dari kegagalan mereka… Adakah
mereka akan berjaya? Kita saksikan dan ikuti perkembangannya kelak di
masa hadapan.
Pengajaran Kepada Usahawan Online
Seorang
usahawan online tidak seharusnya berasa selesa dengan kedudukan pada
masa sekarang. Sebaiknya, mereka perlulah terus menerus menambah ilmu di
samping sentiasa sedar dan mengikuti perubahan-perubahan trend dan
persaingan semasa. Jika gagal sekalipun, jangan takut untuk bangkit
kerana ia adalah lumrah dalam dunia perniagaan.
Kita
tidak tahu apa yang akan berlaku kepada perniagaan kita pada masa akan
datang, tetapi sesebuah perniagaan perlu ada perancangan yang teliti dan
tidak meniru bulat-bulat apa yang dilakukan oleh para pesaing yang lain
– kecuali jika usahawan itu sendiri tahu apa yang dilakukannya.
Ambillah pengajaran dan selalulah memahami kehendak pelanggan dan
perubahan pasaran dari semasa ke semasa bagi mengelakkan anda
ketinggalan dari arus perdana dunia keusahawanan online.
No comments:
Post a Comment