Friday, 13 June 2014

5 Rahsia, Jana RM320 Juta Dari Sebuah Blog

Jika anda bukan seorang wanita yang mengikuti perkembangan semasa dalam fesyen dan trend gaya hidup terkini, anda mungkin tidak pernah membaca blog Refinery29. Tidak mengapa – kerana syarikat itu sebenarnya lebih popular daripada apa yang anda tahu. Sehingga 2013, pembaca blog tersebut telah mencecah 8.5 juta pelawat sebulan, malah ada yang menganggarkan mungkin lebih daripada itu!
Pengasas Blog Jutawan
Para pembaca dan pelawat yang setia itu telah membantu Refinery29 untuk menjadi satu lagi kisah kejayaan di New York, yang telah menjana pendapatan mengagumkan sejak 3-4 tahun yang lepas dan pendapatan dari iklan yang telah naik 4 kali ganda berbanding 4 tahun lepas. Walaubagaimanapun, syarikat itu pernah melakukan kesilapan kerana menyertai perniagaan ecommerce, yang tidak memberikan pulangan diharapkan. Walaubagaimanapun, blog itu sekarang sudah bernilai US$ 100 juta, iaitu bersamaan dengan RM327 juta dalam ringgit Malaysia.
Berdasarkan pemerhatian, boleh dikatakan ada 5 resepi kejayaan yang boleh dipelajari daripada kisah kejayaan pengasasnya, iaitu Justin Stefano dan von Borries.

1.  Bina Kredibiliti Dalam Pasaran Baru

Ketika mula-mula membangunkan Refinery29, mereka tidaklah mengharapkan sesuatu yang hebat. Demi mencari ilmu dan nasihat, mereka telah berjumpa dengan orang dalam industri fesyen, tokoh-tokoh di kalangan pereka fesyen dan peruncit seperti Steven Alan, yang turut menjadi pelabur pertama mereka. Mereka menghabiskan berjam-jam untuk mencari butik-butik persendirian di sekitar New York demi mempelajari dan memahami selok-belok bidang yang akan mereka rangkumkan dalam blog mereka.
Malah, menurut seorang professor dalam pemasaran fesyen di Parsons The New School For Design, “mereka bermula sebagai pelajar-pelajar saya 2 – 3 tahun lepas. Kini (keadaan berubah di mana) seorang pelajar fesyen adalah ketinggalan jika tidak mengenali mereka.” Sampai begitu tahap yang telah dicapai mereka.

2. Bermula Perlahan dan Steady

Apa yang mengagumkan para pakar fesyen dan pemasaran di luar sana, pengasas Refinery29 ini bermula dengan tenang dan tidak terburu-buru untuk meningkat naik nama blog mereka. Bagi mereka, langkah untuk bermula adalah kerja keras, pelanggan, fokus dan masa. “Jika bermula terlalu pantas sedari awal, dibimbangi amat sukar untuk bertahan,” ujar Massoumi pengasas ZocDoc.
Tetapi, untuk kekal dengan ‘cara perlahan’, para pengasas perlu mempunyai satu misi dan ‘satu kepala’ dengan cara tersebut. Refinery29 telah kehilangan salah seorang rakan kongsinya, Jonathan Forgang, setelah hanya 3 bulan bersama. Dengan ikatan dan kesetiaan, sehingga sekarang Stefano dan von Borries masih bekerja bersebelahan dan masih bercuti bersama. “Dunia usahawan ini seperti sebuah perkahwinan,” ujar Massoumi lagi.

3. Tahu Apa Yang Anda Tak Boleh Buat

Mereka telah menjana pendapatan dengan pengiklanan dan e-commerce. Tetapi percubaan mereka untuk melakukan di luar bidang mereka dengan melibatkan diri dalam kontrak perniagaan dengan pelbagai inisiatif, akhirnya menemui kegagalan. Apabila sesuatu itu sudah kelihatan untuk tidak berjaya, sudah sampai masanya untuk ia ditarik balik.
Media digital nampaknya lebih mudah dan memberikan pulangan kepada mereka berbanding cara yang lain. Pengajarannya, kembali kepada asal apabila sesuatu yang baru apabila dicuba, tidak berakhir dengan baik.
refinery29

4. Tahu Apa Yang Kita Mampu Lakukan Dengan Terbaik

Dengan lebih banyak artikel dan isi kandungan termasuk video, pendapatan pengiklanan mereka naik dua kali ganda. Apa yang mereka lakukan adalah fokus kepada kualiti, dan tidak mementingkan sangat view pelawat yang tinggi bagi satu-satu artikel. Mereka berjaya kerana menjadi sebuah media pengiklanan, berbanding menjadi sebuah perniagaan seperti yang lain. Kerana itulah kekuatan mereka. Fokus kepada kekuatan utama adalah tunjang untuk lebih melangkah jauh. Untuk melakukannya, bukan mereka berdua sahaja yang terlibat. Mereka juga mempunyai ramai penulis berkaliber yang turut sama menyumbang kepada artikel blog tersebut.

5. Kemudian Cari Masa & Tempat Terbaik Untuk Berlari

Dua orang pengasas ini dan para pelabur Refinery29 bersetuju bahawa lanskap pada masa kini adalah berbeza berbanding New York pada tahun 2005. Sekarang, pesaing dalam bidang media fesyen adalah terlalu banyak seperti BuzzFeed, PolicyMic dan Bustle.com. Jika mereka terlambat melancarkan blog mereka, pasti mereka dikalahkan dengan situasi atau pesaing masa kini.
Tiada cara saintifik untuk menerangkan bilakah masa dan tempat terbaik untuk bermula.  Mereka menasihati agar teruskan kekal fokus pada apa yang terbaik kita semua mampu lakukan. Bagi mereka, mereka handal dan berkebolehan dalam penulisan ilmiah atau ‘content’.
Semoga 5 tip ini memberikan nasihat terbaik kepada para blogger mahupun usahawan online yang membaca artikel ini.

No comments:

Post a Comment