Friday 13 June 2014

Ini Dia Wajah-Wajah 10 Staf Terawal Syarikat Facebook

Selama ini kita hanya tahu bahawa Mark Zuckerberg sebagai orang kuat dan founder laman web facebook. Namun adakah anda kenal beberapa individu penting yang lain yang telah banyak menabur kreativiti untuk menambah baik laman facebook tersebut?
Jadi, dalam artikel ini, anda akan di perkenalkan dengan 10 staf terawal yang pernah berkhidmat di facebook yang mana mereka ini telah melakukan banyak perubahan kepada fungsi dalaman facebook agar sesuai untuk keperluan komunikasi online anda di laman web popular tersebut.

Gilles Mischler

1
Gilles Mischler bertanggungjawab untuk membangunkan insfratuktur IT facebook bermula dari bawah. Gilles Mischler berada bersama-sama dengan facebook dari tahun 2005 hingga ke tahun 2010.  Di facebook, beliau menyandang jawatan sebagai jurutera SiteOps. Selepas bersama dengan team facebook, Gilles Mischler berpindah ke syarikat Nokia sebagai jurutera network.

Scott Marlette

2
Jika anda mampu untuk share banyak gambar kenangan di facebook dan anda mampu berkongsi gambar-gambar indah tersebut dengan rakan-rakan yang lain, maka anda bolehlah berterima kasih kepada Scott Marlette kerana beliaulah yang bertanggungjawab untuk membangunkan aplikasi gambar di facebook. Scott Marlette juga berada di facebook dari tahun 2005 hingga tahun 2010 dan di sana beliau menjawat jawatan sebagai jurutera dan pengurus produk. Sekarang Scott Marlette berkhidmat di GoodRx dan ProperFlow.

Dan Neff

3
Dan Neff mempunyai jangka masa yang pendek bersama dengan facebook namun dia juga antara orang terawal yang membangunkan sistem dalaman website itu iaitu di bahagian “new site features”. Setelah beberapa bulan di syarikat facebook, beliau bertugas sebagai ketua operasi di Adobe System.

Aaron Sittig

4
Anda suka like status rakan-rakan anda atau status di fanpage kegemaran anda? Anda juga suka untuk tag nama rakan-rakan anda di mana-mana foto yang ada di facebook? Inilah dia individu yang telah membangunkan sistem dan kerja dalam laman web facebook yang membenarkan anda untuk melakukan kerja-kerja tag dan like.
Namanya Aaron Sittig dan beliau berkhidmat di facebook dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Di facebook beliau menjawat jawatan sebagai ketua strategi design. Beliau juga merupakan sahabat baik Mark.

Naomi Gleit

5
Naomi Gleit  adalah seorang graduan dari Univrsiti  Stanford dan merupakan staf facebok dari awal penubuhan hingga ke hari ini. Beliau berkhidmat sebagai pengarah produk untuk pembangunan facebook.

Nick Heyman

6
Nick Heyman pernah berkhidmat di twitter dan friendster. Di syarikat facebook, beliau bertanggungjawab untuk menguruskan lambakan trafik yang di terima oleh laman web itu. Di sana, beliau menyandang jawatan sebagai pengarah operasi.

Steve Chen

7
Steve Chen berkhidmat di facebook hanya untuk beberapa bulan sahaja. Di sana beliau menyandang jawatan sebagai jurutera software. Beberapa bulan berkhidmat di situ, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan facebook dan membangunkan website video yang di beri nama youtube. Steve Chen telah menjual website youtube kepada Google dengan harga USD 1 billion.

Matt Cohler

8
Matt Cohler berkhidmat di facebook dari tahun 2005 hingga tahun 2008. Belia bertanggungjawab dalam menyandang jawatan sebagai VP pengurusan produk. Untuk pengetahuan anda, Matt Cohler antara orang terawal dalam menjayakan website Linkedln.

Andrew McCollum

9
Andrew McCollum menyertai facebook dari tahun 2004 hingga tahun 2006. Beliaulah orang yang bertanggungjawab dalam mereka cipta logo facebook pada awal penubuhannya. Di facebook, Andrew McCollum menyandang jawatan sebagai co-founder dan juga jurutera software.

Mark Zuckerberg

10
Akhir sekali, sudah tentulah staf terawal facebook ialah Mark Zuckerberg sendiri. Beliau telah memberikan idea asal laman web facebook sebelum laman web tersebut di bangunkan dengan lebih canggih dan efektif seperti hari ini. Mark di katakan telah memilih warna biru sebagai warna tema facebook kerana beliau mempunyai masalah penglihatan untuk warna hijau dan merah.
Jadi itulah dia antara 10 staf terawal yang berada di facebook. Mereka sememangnya individu yang cukup hebat dalam pembangunan web.

No comments:

Post a Comment