Friday 13 June 2014

Modal RM3,500 Hasilkan RM 700,000. Bagaimana Thomas Lakukan?

Carter Thomas merupakan antara nama yang agak popular dalam arena apps. Jika anda mahu belajar tentang macam mana untuk membina perniagaan apps, maka Carter Thomas antara individu yang boleh membantu anda.
Carter Thomas merupakan seorang usahawan internet yang banyak menumpukan kepada pembangunan apps sejak lebih dari 2 tahun . Beliau tidak punya asas dalam coding namun beliau menggunakan pendekatan outsource untuk membina pelbagai apps.
Dalam artikel ini, saya akan berkongsikan dengan anda bagaimana strategi yang telah di gunakan oleh Carter Thomas dengan menggunakan modal sekitar USD 1,000 iaitu sekitar RM 3,500 duit Malaysia dan menghasilkan sehingga USD 200,000 iaitu sekitar RM 700,000 dalam masa kurang dari 2 tahun.
Carter Thomas menggunakan konsep yang cukup mudah untuk menghasilkan wang dari apps. Beliau tidak menggunakan cara dan strategi yang rumit untuk di lakukan dalam perniagaan apps.
Apa yang beliau lakukan ialah melihat jenis atau konsep games yang ada di internet seperti yang ada di Google Play. Beliau banyak memberi tumpuan kepada apps for games di mana koleksi games ini boleh di lihat mengikut trend semasa yang ada pada hari ini.
ct_surf

Carter Thomas tidak gemar untuk mengeluarkan banyak wang untuk menghasilkan apps games kerana kos yang di kenakan terlalu tinggi. Untuk apps games yang basic sahaja kos untuk menghasilkannya mencecah lebih daripada USD 4,000.
Jadi , Carter Thomas akan mencari source code yang berkos rendah yang mempunyai mirip dengan apps games yang sudah sedia ada di internet. Apabila beliau membeli source code tersebut, beliau akan mengupah programmer lain untuk re-skin source code tersebut. Dengan menggunakan strategi ini, beliau mampu mendapatkan apps yang lebih unik dengan kos yang jauh lebih rendah.
Apps yang di hasilkan di jual semula kepada orang lain beserta dengan lesen dan ada juga di gunakan untuk menghasilkan wang dari sumber pengiklanan.
Dengan menggunakan strategi yang sama, Carter Thomas mampu menghasilkan pelbagai jenis apps games yang berbeza. Setiap apps juga menghasilkan pendapatan kepada beliau. Hari ini, Carter Thomas telah menghasilkan pelbagai artikel untuk mengajar ramai newbie untuk memulakan perniagaan berasaskan apps.
Walaupun newbie tidak mempunyai modal yang besar, mereka masih lagi boleh memulakan perniagaan apps mereka. Membaca kisah Carter ini, adakah membuatkan anda berminat untuk terjun ke dunia apps?

No comments:

Post a Comment