Kerjaya saya memerlukan saya membaca sangat banyak dokumen. Saya
mengaplikasikan teknik speed reading, sejak di zaman sekolah lagi.
Teknik speed reading yang saya amalkan:
1. Jangan sebut perkataan di dalam otak. Baca sahaja.
2. Jangan ulang perkataan.
3. Baca pada fixated points dalam muka surat yang saya perlu baca, bukannya perkataan demi perkataan.
Dalam gambar di atas, cara tradisional ialah baca perkataan demi
perkataan. Teknik speed reading ialah dengan melangkau perkataan.
Allah telah jadikan minda kita nampak perkataan di sebelah kiri dan
kanan perkataan yang kita baca. (Imam Shafi'e nampak dan hadam ayat-ayat
pada muka sebelah).
Tambahan:
Tengok gambar di bawah pula:
Garisan merah menegak tu sebagai rujukan. Dalam setiap baris ayat,
fokuskan mata/bacaan kita pada garis merah sahaja. Automatik, perkataan
kiri dan kanan akan masuk otak juga.
Contoh lain:
Saya suka makan nasi dengan sambal belacan dan petai.
Cara biasa ialah baca sebiji-sebiji perkataan. Cara speed read adalah
fokus mata kita pada perkataan makan dan sambal. Automatik otak akan
dapat tangkap seluruh ayat.
In sha Allah bermanfaat.
No comments:
Post a Comment