Dunia
ini adalah penuh rahsia! Ada beberapa tempat di dunia yang kita tidak
mengetahui mengenainya dan walaupun kita tahu, tempat – tempat ini
adalah tidak boleh kita kunjungi. Entry kali ini memaparkan tempat yang
paling tertutup diseluruh dunia dan hampir tidak mungkin untuk
masyarakat umum mengunjunginya !!
1. Mezhgorye
Ini
adalah kota tertutup di Rusia yang terletak di Gunung Yamantaw, kota
yang didirikan pada tahun 1979 ini berada pada ketinggian 1640 m dari
aras laut. Kota ini disyaki oleh AS sebagai tempat rahsia pembuatan
senjata nuklear. Projek besar ini mula diamati oleh satelit AS pada
tahun 1990. AS meminta penjelasan dari pihak Rusia mengenai tempat ini,
tetapi pihak Rusia menyatakan itu adalah tapak perlombongan.
2. Vatican Secret Archives
Di
arkib Vatican ini, anda tidak boleh masuk ke tempat ini dan melihat
dokumen sewenang – wenangnya sesuka hati, anda harus membuat permohonan
terlebih dahulu untuk sesebuah dokumen kepada pihak yang
mentadbir Vatican. Tidak semua buku anda boleh lihat, hanya dokumen
yang sudah berusia 75 tahun kebawah saja yang dibenarkan. Disini,
terdapat 35 000 buah buku dalam katalog dan itu membentuk satu barisan
sepanjang 84 Km.
3. Club 33
Disneyland
adalah tempat hiburan untuk kanak kanak mahupun orang dewasa, tiada satu
pun tempat di Disneyland yang tidak bebas dilawati kecuali Club 33
ini. Tidak mudah untuk masuk ke Club ini, selain sekuriti yang sangat
ketat, tempat ini juga menggunakan finger screen. Menjadi ahli club
eksklusif club ini tidaklah mudah dan murah, selain daripada pendaftaran
sekitar 10-30 ribu US$, anda juga harus menunggu selama 14 tahun untuk
menjadi waiting list.
4. Moscow Metro-2
Metro-2
di Moscow adalah sistem kota bawah tanah terbesar di Dunia, kota ini
dibangunkan pada zaman pemerintahan Stalin. Kota ini adalah sangat
rahsia, sehinggakan wartawan yang ingin menulis mengenai kota ini selalu
tidak pernah dibenarkan oleh pihak pemerintah selama bertahun-tahun
lamanya.
5. Area 51
Area
51 (atau lebih dikenal sebagai US Air Force Flight Test Center,
Detachment 3 dan juga nama samaran lain iaitu Dreamland, Watertown
Strip, Paradise Ranch, The Farm, The Box, Groom Lake, dan juga The
Directorate for Development Plans Area) adalah sebuah daerah terasing di
bahagian selatan Nevada, yang dimiliki oleh Tentera Amerika, yang
digunakan sebagai pusat pembangunan rahsia untuk ujian pesawat –
pesawat tempur generasi baru. Area ini juga sangat terkenal kerana
disyaki sebagai pusat penelitian UFO yang sehingga sekarang dianggap
sebagai salah satu konspirasi yang belum terungkap.
Semua sampel-sampel mahkluk luar angkasa yang pernah jatuh ke bumi
dieskavasi ke pangkalan AS itu ,kononnya untuk diteliti oleh para
ilmuwan. Yang menjadikan area 51 semakin misteri adalah kerana tempat
itu sangat tertutup dan hanya orang-orang yang tertentu sahaja yang
boleh masuk ke tempat itu.
6. Room 39
Bilik
39 atau dikenali sebagai Biro 39 adalah satu-satunya organisasi haram
yang disokong penuh oleh suatu negara dan beroperasi disuatu negara
lain. Organisasi ini ditubuhkan untuk mencari cara memperoleh mata
wang asing untuk Kim Jong-il. Bilik ini didirikan pada tahun 1970-an dan
tidak diketahui dari mana nama ini berasal. Cara kerja Biro ini adalah
menggunakan bank di China dan Swiss, untuk tujuan pemalsuan, pencucian
wang dan transaksi haram. Bilik 39 diyakini berada di dalam sebuah
bangunan Parti Buruh di Pyongyang, ibukota Korea Utara.
7. Ise Grand Shrine
Adalah
kuil paling suci di Jepun. Tempat ini didedikasikan untuk Amaterasu
(dewi matahari) dan telah wujud sejak 4 SM, Kuil ini berfungsi untuk
menyimpan beberapa dokumen dan beberapa item penting maharaja Jepun.
Tempat ini sangat sangat sulit untuk dikunjungi, kecuali kaskuser, iaitu
seorang pendeta yang menjadi anggota keluarga maharaja.
8. Mount Weather Emergency Operations Center
Ini
adalah tempat yang tidak hanya tertutup kepada umum malahan tempat itu
adalah tempat yang mengharapkan manusia tidak menjejakkan kakinya di
sana. Lokasi yang berada di Virginia ini digunakan sebagai pusat operasi
untuk Federal Emergency Management Agency (FEMA). Tempat ini menjadi
tempat terlarang kerana disana terdapat sistem gelombang frekuensi yang
sangat tinggi yang menghubungkan US dengan rangkaian tentera dan Negara
lain diseluruh dunia.
9. RAF Menwith Hill
RAF
Menwith Hill adalah pangkalan tentera yang mengoperasikan stesen
satelit bawah tanah dan didakwa sebagai stesen pemantauan elektronik
terbesar di dunia. Tapak yang terletak di Skipton A59 Road ini dibangun
oleh Departmen Pertahanan AS.
No comments:
Post a Comment