(Surah Yunus ayat 38)
Subhanallah dalam ayat ni Allah mencabar sesiapa sahaja yang meragukan Alquran untuk membuat satu surah,satu surah je untuk membuktikan yang kita mampu buat lebih baik daripada Alquran.Aku pernah baca satu kisah dulu dan ini kisah benar bukan kisah yang direka-reka.
Terdapat seorang pemuda islam yang diajak untuk masuk agama kristian,dan paderi tu janji nak bagi macam-macam hadiah,jadi lelaki tadi tertarik dan menerima ajakan paderi tersebut.Tapi untuk mendapatkan semua tu,paderi tu meminta lelaki tadi untuk mengubah surah Al-Ikhlas.
“Katakanlah : “Dialah Allah, Yang Maha Esa” [1]
“Allah adalah Ilah yang bergantung kepadaNya segala urusan” [ 2]
“Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan” [3]
“Dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia” [ 4]
Pendek je kan surah Al-Ikhlas ni?Jadi lelaki tadi cuba untuk mengubah ayat Allah ini,ternyata tak boleh,macam-macam cara lelaki itu cuba untuk mengubah ayat tersebut,Lalu lelaki tadi putus asa.Ayat Al-quran memang tak boleh diubah kerana memang dijaga rapi oleh Allah dan menjelang kiamat kelak,ayat-ayat Alquran ini akan diangkat kembali.Jadi semua,jangan tinggalkan Alquran walau sesaat,baca satu surah sehari sebelum ayat Al-quran ni diangkat oleh Allah semula,masa tu menyesal pon tak berguna.Alquran akan menolong kita di akhirat kelak,jadi bacalah!
2. “Bagi mereka kesenangan sesaat didunia selanjutnya kepada kamilah mereka akan kembali,kemudian kami rasakan kepada mereka azab yang berat kerana kekafiran mereka”
(surah yunus ayat 70)
Ayat ni memang dah terbukti pon sekarang ni kan?Berapa ramai memikirkan dunia ni untuk selamanya,berapa ramai yang selalu meninggalkan solat?berapa ramai yang lupakan Allah bila mereka senang?Ramai kan?Sebab mereka tak sedar yang dunia ni hanya sementara,Allah dah kata dunia ini hanyalah tempat senda gurau jika kita ketahui,masalahnya sekarang ramai yang dok fikir dunia ni selama-lamanya,tak sedar ke kita yang sekarang ni dah banyak sangat tanda-tanda kiamat telah tiba?
3. “dan musa berkata “Ya Tuhan kami,Engkau telah memberikan kepada firaun dan para pemuka kaumnya hiasan dan harta kekayaan di dunia.Ya Tuhan kami akibatnya mereka menyesatkan manusia dari jalanMu.Ya Tuhan,binasakanlah harta mereka,dan kuncilah hati mereka.sehingga mereka tidak beriman dan melihat azab yang pedih”
(surah yunus ayat 88)
Kita kena tahu,kebanyakkan orang kaya ada dalam neraka lebih dari orang miskin.Kenapa?Sebab kebanyakan orang miskin ni,dia kurang terdedah kepada maksiat,dia lebih berserah kepada Allah,aku cakap kebanyakkan oke bukan semua,Orang miskin ni banyak yang rendah diri.Manakala orang kaya pulak,kebanyakkanya selalu lupa untuk bersedekah kepada orang yang memerlukan selalu lupa untuk keluarkan zakat,selalu melupakan tanggungjawab mereka.
4. "Dan apabila manusia ditimpa bahaya,dia berdoa kepada kami dalam keadaan baring,duduk atau berdiri,tetapi setelah kami hilangkan bahaya itu darinya,dia kembali
(ke jalan yang sesat),seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada kami untuk menghilangkan bahaya yang telah menimpanya"
(surah yunus ayat 12)
Memang sangat betul ayat diatas,manusia memang mudah lupa,lagi-lagi bila dapat nikmat,masa susah baru nak cari sejadah,baru nak bersujud pada Allah,tapi bila dah senang,semuanya dilupakan.Kita pandai cakap dekat kawan kita “Ah kau susah baru nak cari aku kan,bila kau senang ada kau nak datang kat aku?ada kau nak kawan dengan aku?”.Oh kalau dengan kawan pandai pulak nak cakap macam ni.Tapi tahu tak kita,kalau kita ingat pada Allah,Allah akan ingat pada kita,tapi kalau kita lupa pada Allah,Allah akan lupakan kita jugak.Adil dan saksama kan?
5. “Kemudian setelah (nuh) kami utus beberapa rasul,kaum mereka(masing-masing)maka rasul-rasul itu datang kepada mereka dengan membawa keterangan yang jelas,tetapi mereka tetap tidak mahu beriman kerana mereka telah biasa mendustakannya.demikianlah kami mengunci hati orang2 yang melampaui batas”
(surah yunus ayat 74)
Baca ayat diatas ni.Allah mengunci hati orang-orang yang melampaui batas.Kita semua pernah kan jumpa orang macamni,apa sekali nasihat atau kebenaran yang kita tunjuk,hati dieorang tetap taknak terima,tetap nak cakap kita ni salah.Kenapa?sebab Allah telah membutakan mata hati dan mata dieorang untuk melihat kebenaran kecuali kalau mereka betul-betul telah bertaubat.Sebab tu kalau pendakwah atau kita sekalipon keluarkan fakta,mereka akan cakap “ala kau ni nanti aku bertaubatlah tua nanti,entah betul entah tak apa kau cakap ni”.Kan?
6. “Dan kami selamatkan Bani Israel melintasi laut,kemudian firaun dan bala tenteranya mengikuti mereka,untuk menindas mereka.Sehingga firaun hampir tenggelam dan berkata “Aku percaya tiada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai bani Israel dan aku termasuk dalam orang-orang muslim(berserah diri)"
Mengapa baru sekarang kamu beriman padahal sesungguhnya engkau telah derhaka sejak dahulu dan engkau termausk orang yang berbuat kerosakan.
Maka pada hari ini kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu tetapi kebanyakan mansia tidak mengendahkan kekuasan kami.”
(Surah yunus ayat 90-92)
Jasad yang telah diselamatkan adalah jasad firaun,setelah firaun tenggelam jasadnya ditemui di tepi pantai oleh orang-orang mesir dan diawet sehingga sekarang.Firaun sendiri dah tahu kebenaran islam,dah nak mati baru nak bertaubat.Kita nak jadi macam firaun ni ke?Nak jadi orang yang rugi macam firaun?nak duduk neraka setingkat dengan firaun?Benar kan janji Allah?Sekarang ni kita dapat tengok mayat firaun kan?betul atau pon tidak?Dalam Al-quran dah cakap dah.Jadi ayat mana yang kita nak dustakan?Oh lupa nak dustakan ayat tentang tutup aurat,tak dapat hidayah lagi?itu yang kita nak dustakan?
7. “Kitab Alquran ini tidak ada keraguan padanya petunjuk bagi mereka yang bertakwa”,
“Dan mereka yang beriman kepada Al-quran yang diturunkan kepadamu Muhammad dan kitab2 yang telah diturunkan sebelum engkau dan mereka yakin akan adanya akhirat”
“Merekalah yang mendapat petunjuk dari tuhannya dan mereka itulah orang2 yang beruntung”
(Surah Al baqarah ayat 1,4,5)
Dah terang benderang Allah nyatakan dekat sini yang Alquran ini adalah petunjuk.Kenapa kita selalu beri alasan kita tak dapat petunjuk lagi?maknanya kita nak cakap yang kita tak dapat AlQuran lagi ke macam mana ni?Kita yang confius kan diri kita sendiri ke macam mana?ke kita ni memang jenis orang yang suka bagi alasan?Ayat di atas jugak dah cakap kalau kita bukak dan baca Alquran,kita akan dapat banyak petunjuk.So aku nak Tanya,sebelum kita cakap kita tak dapat petunjuk,cuba renung balik,baca Al-quran dak untuk cari petunjuk?Ke suka pergi buat maksiat untuk dapat petunjuk?Lepastu mulalah membebel yang kita tak dapat petunjuk.Masih nak cakap tunggu hidayah jugak?Meh nak bagi ayat lagi dua,bukan lagi satu tapi dua.
“Hai nabi,katakanlah pada isteri-isterimu anak-anakmu,isteri-isteri orang mukmin,hendaklah mereka melabuhkan jilbab(tudung yang labuh menutup dada) ke tubuh mereka”
(surahal-ahzaab ayat 59)
“Dan hendaklah mereka menutup kain tudung sehingga labuh ke dada-dada mereka dan jangan menampakkan perhiasan kecuali kepada suami mereka,ayah mereka,ayah suami mereka,putera-putera mereka,putera-putera suami mereka,saudara-saudara lelaki mereka,putera-putera saudara lelaki mereka,putera-putera saudara perempuan mereka,wanita-wanita merka,budak-budak yang mereka miliki,pelayan-pelayan lelaki yang tidak punyai keinginan terhadap wanita atau anak anak yang belum mengerti berkenaan aurat wanita”
(surah an-Nuur ayat 31)
Herm tak dapat hidayah lagi?nak cakap jugak yang kita tak sedia?tak sedia?Meh aku bagi lagi satu ayat AlQuran
8. "Katakanlah sesungguhnya kematian yang kamu lari daripadanya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu dia beritakan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan"
[Surah al-Jumu'ah ].
"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun sebelum kamu (Muhammad), maka jikalau kamu mati apakah mereka akan kekal? Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
[Surah al-Anbiyaa].
9. Dan diantara manusia ada yang berkata”kami beriman kepada Allah” tetapi apabila disakiti(kerana dia beriman) kepada Allah dia menganggap cubaan manusia itu sebagai seksaan Allah.Dan jika datang pertolongan dari Tuhanmu maka mereka akan berkata,”sesungguhnya kami bersama kamu”.Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang ada dalam dada semua manusia?
(Surah Al Ankabut ayat 10)
Apa yang dikatakan Allah ini sangatlah benar,bila ditimpa ujian sikit,contohnya kucing yang paling kita sayang kena langgar dengan manusia yang tak bertanggungjawab.*nak bagi contoh manusia macam kejam sangat*,kita akan cakap “kenapa kau amek anak kucing aku Ya Allah?kenapa kau tak amek anak kucing orang lain?kenapa mesti anak kucing aku?Kenapa!!!”.kita merintih seolah-olah kita anggap itu adalah sesksaan dari Allah,tapi itu adalah ujian,tapi bila masalah tu dah selesai,lain pulak perangai kita.Ikhlas ke tidak kita beriman?Subhanallah jauhkanlah dari kita semua….
10. “Sesungguhnya orang-orang kafir dan menghalang orang lain dari jalan Allah serta memusuhi rasul setelah ada petunjuk yang jelas bagi mereka,mereka tidak dapat memberi mudarat sedikit pon pada Allah,dan kelak Allah hapus segala amal mereka”
(surah Muhammad ayat 32)
Dah terbukti memang ramai sangat orang kafir yang suka menghalang manusia yang lain untuk ke jalan Allah.Macam-macam agenda mereka dah buat,tapi kita still tak Nampak dan kita still cakap itu adalah kebetulan.Lagi satu contoh adalah,wanita betudung nak mintak kerja,dan syarat company tu adalah wanita tu kena bukak tudung,itu maknanya dia dah menghalang wanita tu dari jalan Allah.
Orang kafir ni kalau buat amal macam mana baik sekalipon tidak akan dipandang Allah,tapi kalau islam,walaupun kita buat sebesar zarah kebaikan Allah tetap akan membalasnya.Umat islam sekarang ni banyak sangat ditimpa ujian,terbaru filem innocence of muslim yang dibuat untuk menghina Kekasih Allah,cinta hati kita iaitu Nabi Muhammad saw,jangan ingat Allah tak bagi balasan pada mereka tu,mereka tu betul,tapi Allah hanya menangguhkan balasan tersebut,bila Allah turunkan balasan tu,mereka pasti akan terkejut beruk sebab balasan yang Allah bagi ketika itu sangat besar.
Kita sebagai umat islam wajib menentang orang kafir .Allah dah terangkan dalam Al-quran ,
“wahai orang yang beriman!perangilah orang2 kafir di sekitar kamu dan hendaklah mereka merasakan sikap tegas darimu dan ketahuilah Allah brsama2 orang bertakwa."
(Surah yunus ayat 124)
sampai disini dulu perkongsian ayat-ayat dari Alquran,jomlah sama-sama kita amek pengajaran dari semua ni,Insyallah kalau ada masa dan panjang umur aku akan kongsikan lagi ayat-ayat Al-quran untuk direnungkan.Sesungguhnya janji Allah itu benar!
Dan lagi satu ayat yang aku ingin kongsikan adalah
“Kamu umat islam adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia(kerana kamu) menyuruh yang makruf dan mencegah yang munkar…”
(Surah ali Imran ayat 110)
Memang kita adalah ciptaan Allah yang terbaik,umat yang terbaik,Allah sendiri cakap kita adalah yang terbaik,tapi betulkah kita ini umat yang terbaik?Betulkah?dengan buat maksiat,dengan melanggar perintah Allah,buat apa yang dilarang,terbaikkah kita?Fikirkan.
Dan akhir sekali
Mengapa doa kita tidak dimakbulkan sedangkan Allah telah berjanji akan memakbulkan doa orang-orang yang merintih padaNya.
Cuba fikirkan:
- Kamu kenal Allah, tetapi kamu tidak menuruti perintah-Nya.
- Kamu membaca al-Qur'an, tetapi kamu tidak bertindak selaras dengannya.
- Kamu kenal Shaitan, tetapi kamu berterusan bersetuju dengannya.
- Kamu mengaku mencintai Rasulullah SAW, tetapi kamu tinggalkan Sunnah baginda SAW.
- Kamu mengaku mencintai Syurga, tetapi kamu tidak berusaha mndapatkannya.
- Kamu kata kamu takutkan neraka, tetapi kamu tidak berhenti membuat dosa.
- Kamu berkata, Sesungguhnya mati itu benar, tetapi kamu tidak bersedia untuknya.
- Kamu sibukkan dirimu dengan kesalahan orang lain, tetapi kamu tidak melihat kesalahanmu.
- Kamu makan dari rezeki yang Allah kurniakan, tetapi kamu tidak bersyukur pada-Nya.
- Kamu mengebumikan orang-orang yang mati, tetapi kamu tidak mengambil pengajaran daripadanya.
No comments:
Post a Comment