Adakah itu benar? Jom kita kenali Dong Nguyen dan sejarah Flappy Bird melalui artikel ini.
Membangunkan Jenama Secara Solo
Dong Nguyen merupakan seorang anak muda yang berasal dari Vietnam dan beliau merupakan seorang pemuda yang mempunyai kecenderungan untuk mencipta pelbagai apps games yang di berikan secara percuma kepada semua pemilik smartphone melalui laman Google Play. Dong Nguyen membina jenama permainan aplikasi beliau di bawah nama Gears Studio (dotGears Studio) dan beliau membangunkan semua aplikasi tersebut secara bersendirian sejak tahun 2010 yang lalu.Dong Nguyen pada asalnya telah menyenaraikan Flappy Bird sekitar tahun 2013 ( Disember 2013) dan permainan itu mula menjadi hit dan antara Top 10 apps games di Google Play sejak awal tahun 2014 baru-baru ini. Flappy Bird adalah satu aplikasi games yang meguji ramai pengguna smartphone untuk menerbangkan seekor burung untuk melepasi halangan (berbentuk tiang).
Menurut Dong Nguyen, Flappy Bird mengambil masa hanya sekitar 2-3 hari untuk di hasilkan. Setelah permainan ini di muat turun lebih dari 50,000,000 pengguna telefon pintar di seluruh dunia, ia telah memberi pendapatan yang begitu besar buat Dong Nguyen dan ia seolah-olah berlaku durian runtuh dalam hidup beliau.
Di katakan Flappy Bird telah memberi pendapatan harian kepada Dong Nguyen sekitar USD 50,000 sehari iaitu sebanyak lebih dari RM 120,000. Itu adalah satu jumlah yang terlalu banyak untuk di hasilkan oleh seorang anak muda seperti beliau.
Games Yang Menguji Kesabaran
Ada banyak ulasan telah di keluarkan oleh beberapa laman web yang banyak memberi review tentang Flappy Bird. Salah satu ulasannya ialah ramai orang mula bermain permainan ini apabila mereka mahu mencabar antara satu sama lain untuk mendapat skor yang lebih tinggi. Permainan ini memerlukan ketangkasan dalam mengawal pergerakan anak burung (watak utama Flappy Bird) dalam melepasi semua halangan. Namun ia adalah satu games yang terlalu sensitive kerana anak burung tersebut akan mati (Game Over) sekiranya ia terlanggar salah satu halangan tersebut. Dari segi design dan konsep, ia di reka oleh Dong Nguyen dengan cara yang cukup sederhana.Dong Nguyen tidak menggunakan design dan grafik yang terlalu rumit malah setiap aspek bunyi yang di hasilkan tidaklah sehebat aplikasi games yang lain seperti Angry Bird dan Candy Crush. Yang menjadi tarikan utama tentang games ini ialah cabaran untuk pemain mendapatkan skor yang lebih tinggi.
Sambutan Luar Jangkaan
Dong Nguyen di lihat sebagai seorang yang terlalu fokus dan minat dengan pembinaan games dan bukan sebagai seorang ahli perniagaan. Ini terbukti apabila beliau sendiri menyatakan bahawa beliau kurang pasti bagaimana permainan tersebut boleh mendapat sambutan dan mencatat jumlah install yang terlalu tinggi. Namun beliau tidak menolak bahawa jumlah pemain semakin bertambah apabila ramai pengguna smartphone telah membuat perkongsian tentang kewujudan Flappy Bird beliau melalui laman social seperti Youtube, twiter,facebook dan lain-lain.Mengubah Hidup 360 Darjah
Mungkin bagi sesetengah pemilik perniagaan aplikasi permainan begitu gembira melihat kejayaan ini namun tidak bagi Dong Nguyen. Walaupun Flappy Bird telah menjadikan beliau seorang yang kaya-raya dalam tempoh yang agak singkat, namun ia telah membuatkan hidup beliau berubah dari sisi yang lain.Baru-baru ini di katakan seorang remaja yang berusia 17 tahun bernama Jabari Wright telah di tikam oleh adiknya iaitu Gary Wright angkara cemburu apabila di tewaskan dalam mendapatkan skor yang lebih tinggi. Jabari Wright yang mendapat skor lebih tinggi dalam permainan Flappy Bird di katakan mengejek adiknya yang tidak mampu bermain dengan lebih baik dan kesannya ia telah mencabar Gary untuk bertindak demikian.
Kewujudan “Haters” Selepas Kejayaan
Walaupun Flappy Bird mencapai kegemilangannya untuk tahun 2014 ini, Dong Nguyen tidak menafikan bahawa dia menerima ramai haters. Pada 9 Februari 2014, Dong Nguyen telah memaklumkan bahawa Flappy Bird akan di remove dari senarai Google Play dan ia di lakukan melalui akaun twitter beliau.“Saya boleh katakan bahawa Flappy Bird adalah satu kejayaan buat diri saya.Namun ia juga memusnahkan hidup saya. Sekarang saya membencinya.”
“Saya memohon maaf, pengguna Flappy Bird, 22 jam dari sekarang, saya akan menarik semula Flappy Bird. Saya tidak sanggup hadapi hal ini lagi .”
Mungkin ramai di kalangan kita akan terfkir bahawa ia merupakan satu kerugian memandangkan Flappy Bird sekarang sedang meniti puncak kejayaan dan sudah pasti jumlah pendapatan harian beliau juga akan terus meningkat jika beliau mengekalkan Flappy Bird di senarai Google Play. Namun Dong Nguyen seperti mempunyai prinsip hidup beliau sendiri yang beliau pegang. Jika sesuatu perkara memberi kegembiraan buat dirinya, dia akan melakukannya dan akan meneruskan perkara tersebut, namun jika perkara itu membuatkan hidupnya tidak seperti apa yang dia mahukan, maka beliau lebih suka untuk berhenti.
Tiada Kaitan Tentang Isu Copyright
Ada yang menyatakan Dong Nguyen memutuskan untuk memadamkan Flappy Bird dari Google Play kerana beliau bakal di saman oleh Nintendo iaitu antara syarikat terbesar yang menghasilkan games online. Ada yang menyatakan design yang di gunakan oleh Dong Nguyen dalam permainan Flappy Bird telah mengambil konsep design dari permainan Nintendo. Namun maklumat itu telah di nafikan oleh Dong Nguyen.“Ia tidak berkaitan dengan mana-mana isu legal. Hanya saya yang tidak mempu hadapinya lagi.”
Tiada Hasrat Untuk Menjual Flappy Bird
Setelah Dong Nguyen menyampaikan hasrat untuk mengeluarkan Flappy Bird dari senarai Google Play, sudah tentu ia telah menjadi satu topik perbualan yang hangat dalam arena perniagaan aplikasi permainan. Mungkin ramai pihak yang mahu memilik Flappy Bird secara legal. Namun Dong Nguyen menolak untuk menjual permainan tersebut.“Saya juga tidak akan menjual Flappy Bird, tolong jangan tanya…… dan saya juga masih hasilkan permainan..”
Walaupun isu Flappy Bird telah memberi sedikit kekecewaan kepada Dong Nguyen, beliau tetap meneruskan minatnya dalam menghasilkan aplikasi permainan untuk smartphone secara online.
Semoga ramai anak muda Malaysia akan sukses seperti beliau. Ada waktunya kita melakukan sesuatu perkara kerana keghairahan dan minat, namun soal rezeki kita tidak tahu,bukan? Walaupun Dong Nguyen seperti tidak “bersedia” menerima kejayaan Flappy Bird, namun ia merupakan satu jalan cerita yang cukup menarik untuk kita pelajari.
No comments:
Post a Comment