Jambatan
gantung yang merentasi gunung dan sungai di Utara Pakistan. Jambatan
Gantung Hussaini, yang menyeberangi Borit Lake di Upper Hunza. Jambatan
tali ini adalah kedua terpanjang dan tidak pernah diselenggarakan.
Banyak papan yang hilang, dan angin kencang menggoncang jambatan apabila
anda merentasinya. Bagi sesetengah orang pasti akan menyebabkan terasa
kejang urat saraf ketika melintasinya. Bersebelahan jambatan ini yang
dulunya di gunakan, sebelum ianya pecah berkeping-keping tergantung
bersebelahan dengan yang "baru". Walaupun kelihatan berbahaya,
bagaimanapun, jambatan Hussaini adalah yang agak selamat dan telah
menjadi sesuatu yang menarik ramai pelancong, dengan pejalan kaki
menguji keberanian mereka kerana mereka perlu dengan berhati-hati
berjalan melaluinya.
No comments:
Post a Comment