1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3.
Tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun
badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan
penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion
negatif yang berkumpul di situ tinggi=doa akan termakbul kerana di situ
adalah tempat gema atau ruang dan masa serentak.
5.
Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi
boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak
ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
7.
Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di
dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang
ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8.
Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam
dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan
sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib
kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan
posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang
sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11.
Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat
secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini
bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12.
Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan
jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna
peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan
menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa
bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi,
songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah
ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus
dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti
dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah
ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15.
Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya
untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia
di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
#Berdasarkan fakta2 sains. Wallahua’lam, sesungguhnya Allah SWT lebih mengetahui. Allahuakbar
No comments:
Post a Comment