Kira-kira
80 km sebelah barat daya dari ibu kota Provinsi Turki " Antalya " ,
bersebelahan dengan bandar Cirali di sebelah barat daya Turki , Ada batu
yang terus menyala ini terletak di sebuah gunung yang berbatu dan
didalam batu itu terus mengeluarkan Api yang menyala selama ribuan tahun
lamanya.
Sekitar Puluhan titik nyalaan api itu membakar di bahagian yang berhampiran dengan gunung ,sebab-sebab api menyala kerana terdapat gas metana yang bermasalah yang keluar melalui lubang pengudaraan. Penduduk Turki menyebut Batu Terbakar itu dengan sebutan Yanartas , dan mereka menganggarkan bahawa api itu telah menyala selama 2500 tahun lamanya. Lubang ventilasi tersebut merupakan pelepasan terbesar dari gas metana abiogenic yang dijumpai atas tanah setakat ini.

Selama
beratus-ratus tahun yang lalu , para nelayan Turki boleh melihat
nyalaan api itu dari laut dan mereka sering memanfaatkannya sebagai
penunjuk arah untuk mengemudi arah kapal , tapi saat ini Batu Terbakar
itu lebih sering digunakan oleh para pendaki untuk memasak dan membancuh
teh atau sebagai penghangat disaat cuaca sejuk . Nyalaan api itu,
menurut beberapa literatur kuno , telah melahirkan sebuah mitos tentang
Chimera , Menurut Mitos Chimera di gambarkan sebagai binatang bernafas
api , dengan tubuh dan kepala berbentuk singa, dan sebuah kepala kambing
yang tumbuh dari punggungnya , dan ekor yang hujungnya berupa kepala
ular.
No comments:
Post a Comment