Pokok
merupakan tumbuhan yang banyak memberi manfaat kepada kehidupan manusia
terutamanya dalam menghasilkan bekalan oksigen untuk semua kehidupan di
Bumi.]Ia juga sering dijadikan penghias landskap di kawasan
bandar.Walaubagaimana pun, ada sesetengah pokok boleh memberikan mudarat
kepada manusia yang berada berhampiran dengannya..Nak tahu apa
pokok-pokok tersebut, jom lihat di bawah:-
1. The Manchineel
Pada hari ini, pokok tersebut dikenali sebagai "manzanilla de la muerte" dalam bahasa Sepanyol yang membawa maksud "little apple of death".
Apa yang menakutkan, buah pokok ini kelihatan sama seakan-akan seperti
buah epal. Pokok ini boleh ditemui di sekitar kawasan Hemisphera Barat
iaitu di Bahamas, Florida dan sekitar pantai Carribbean. Apa yang
menjadikan tumbuhan ini berbahaya ada lah getahnya yang mengandungi
bahan phorbol, yang boleh mendatangkan keradangan pada kulit yang
serius. Manakala, sekiranya pokok ini dibakar, asapnya boleh menyebabkan
pedih pada mata dan buta sekiranya terkena pada organ berkenaan.
Buahnya pula mengandungi racun berbahaya dan boleh membawa maut
sekiranya dimakan.
2. The Apple Tree
Pada
sebilangan orang, ia mungkin kedengaran pelik tetapi tumbuhan seperti
epal boleh mendatangkan kemudaratan. Dengan memakan biji epal pada kadar
yang berlebihan boleh membawa maut. Hal ini kerana biji epal
mengandungi bahan Cyanogenic Glycosides, yang beracun.
3. The European Yew
Pokok
ini lazim ditemui di Eropah, Timur Tengah dan Afrika Barat-Utara. Semua
bahagian tumbuhan ini adalah beracun dan boleh menyebabkan kematian.
Satu-satunya bahagian pokok ini yang selamat dimakan untuk burung adalah
aril merah yang mengelilingi biji benih. Terdapat kes-kes di mana
mereka yang ingin membunuh diri akan memakan biji benih pokok ini. Bahan
toksik pada tumbuhan terdiri dari bahan yang dikenali sebagai taxanes.
4. The Doll's Eye
The
Doll's Eye merupakan tumbuhan ganjil yang mempunyai rupa yang pelik.
Tumbuhan ini amat berbahaya kerana mengandungi toksin kardiogenik, yang
membawa kesan sedatif ke atas otot jantung. Ia boleh mengakibatkan sakit
pada jantung yang selalunya berakhir dengan kematian. Habitat tumbuhan
ini adalah dikawasan hutan campuran dan hutan berkayu keras. Ia boleh
mencapai ketinggian kira-kira 2 kaki dan 3 kaki diameter. Ia boleh
ditemui di kawasan Amerika Utara.
5. The Stinging Tree
Tumbuhan
berbahaya ini berasal dari Indonesia dan Queensland di Australia. Ia
boleh menyebabkan kematian dengan hanya menyentuh mana-mana bahagian
tumbuhan berkenaan. Pokok ini merupakan spesies Dendrocnide. Ia boleh
membesar sehingga 131 kaki serta mempunyai bulu-bulu halus pada daunnya
yang boleh menyebabkan tindak balas yang teruk pada kulit. Masyarakat
asli Australia menggunakan tumbuhan ini untuk membuat garisan dan
jaring.
Pokok
ini mendapat namanya berikutan ramai orang akan memakan buahnya bagi
tujuan membunuh diri. Nama saintifik tumbuhan ini adalah Cerbera Odollam
dan ia boleh ditemui di India dan kawasan Asia Selatan. Kawasan berpaya
merupakan zon prolifik yang sesuai untuk hidupan ini. Bunganya berwarna
putih cantik dan buahnya seakan-akan buah mangga apabila matang.
Buah-buahan pokok ini mengandungi bahan cerberin iaitu toksin kuat yang
menyebabkan gangguan pada rentak jantung dan kematian. Walaubagaimana
pun, pokok ini digunakan untuk membuat deodoran dan racun boi-serangga.
7. The Sandbox Tree
The Sandbox Tree merupakan spesies Hura Crepitans
dan boleh ditemui di Asia Selatan dan Amerika Utara. Ia mempunyai
batang berwarna gelap dan duri-duri tajam. Ia juga boleh mencapai
ketinggian 200 kaki manakala daun nya yang bujur boleh mencapai ukuran 2
kaki lebar. Buah-buahnya menggunakan agen cambahan berupa letupan bagi
menyebarkan biji benih. Kelajuan biji benih selepas meletup boleh
mencapai kelajuan setinggi 70 meter per saat, merupakan sesuatu yang
berbahaya pada manusia. Pokok ini turut menghasilkan sap getah yang
mempunyai tahap racun yang tinggi.
No comments:
Post a Comment